Empat jawatan­kuasa yang dipegang oleh Tunku Ismail adalah pengerusi bagi Jawatankuasa Darurat, Jawatankuasa Kewangan dan Pengurusan, Jawatankuasa Pasukan kebangsaan dan Jawatankuasa Tiket dan Pintu.

Menurut Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin, senarai jawatankuasa tersebut telah dikeluarkan selepas badan induk tersebut mengadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif di Kota Kinabalu pada 8 April lalu.

Hamidin turut mengumumkan nama pengerusi dan timbalan pengerusi bagi Jawatankuasa Undang-Undang dan Peraturan, Jawatankuasa Status yang tidak dinyatakan sebelum ini.