Tunku Ismail tidak akan dicabar dalam Kongres FAM ke-53 selepas Tan Sri Annuar Musa hari ini mengumumkan penarikan diri sebagai calon Presiden badan bola sepak tersebut.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dan sudah pasti saya akan beri kerjasama penuh bagi mencapai visi yang dimilikinya.

“Saya berharap TMJ akan terus memperkasakan NFDP dan menjadikan pelatih-pelatih dalam program itu sebagai bahan mentah kepada sistem pembangunan bola sepak negara pada masa akan datang,” katanya pada Forum Transformasi Global 2017 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdaga­ngan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Ddahlan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Pengurus Negara Kumpulan Bank Dunia di Malaysia, Faris Hadad-Zervos.

Dalam masa sama Khairy me­ngucapkan tahniah kepada Tunku Ismail dan pada masa sama menghormati keputusan Annuar.

Beliau percaya, tindakan A­nnuar dibuat secara sukarela mengambil kira beberapa faktor.

“Tahniah kepada TMJ atas kemenangan ini dan saya yakin Tunku mempunyai visi dan berkeupayaan tinggi mencorak masa depan bola sepak negara.

“Berdasarkan pencapaian JDT (Johor Darul Ta’zim) selain idea yang dikete­ngahkan semasa berkempen, saya yakin Tunku mempunyai idea positif dan boleh membawa perubahan besar,” katanya lagi.

Khairy juga mahu Exco yang bakal dipilih memberi kerjasama kepada presiden baharu.