Pengendali berusia 44 tahun dari Jerman itu perlu membimbing kelab ibu negara Perancis tersebut yang diperkaya dengan beberapa bintang termasuk pemain termahal dunia Neymar, dengan pemilik PSG dari Qatar menyasarkan memenangi gelaran Eropah.

Bekas jurulatih, Unai Emery sebelum ini dilaporkan bermasam muka dengan Neymar, manakala pemain kebangsaan Perancis yang menjuarai Piala Dunia, Kylian Mbappe juga dikhabarkan tidak serasi dengan bintang Brazil tersebut.

“Menerusi pengalaman saya, pemain bertaraf bintang ini adalah watak paling mudah kerana mereka mahu bersaing dan mahu menang.

“Sudah tentu kami perlu berdepan personaliti besar namun sejujurnya saya tidak bimbang perkara ini.

“Sebab saya percaya mereka ini jika di mana sahaja, pada bila-bila masa, seperti seorang kanak-kanak berusia lima atau enam tahun dengan bola dikepit di bawah lengan, bermain bola sepak di tepi pantai, di sekeliling rumah atau di jalanan.

“Saya mahu cari keserasian dan menghasilkan sesuatu perkara yang boleh dinikmati bersama. Menikmati kerja keras dan mereka menyedari tanda-tanda yang semua orang rasa perlu di dalam mahupun di luar kelab,” katanya menjelang Piala Kejuaraan Antarabangsa, di mana PSG akan berdepan Arsenal hari ini.

Sebelum memilih PSG, media Britain mengaitkan Tuchel akan menggalas jawatan di Arsenal, namun pengendali itu menafikannya dengan berkata, Wenger merupakan jurulatih yang dia hormati.

“Saya membuat keputusan untuk menyertai PSG sebelum Arsene membuat keputusan meninggalkan Arsenal. Dia (Wenger) antara yang paling saya hormati atas apa yang dilakukan bersama Arsenal.

“Dia adalah idola dan ikutan ramai jurulatih, terutama saya. Saya tidak pernah berhubung dengan Arsenal jadi saya tidak tahu sama ada saya akan menjadi penggantinya,” ujarnya.– AFP