Bekas pengendali Borussia Dortmund, Tuchel bersetuju menyambung kejayaan Emery dengan perjanjian selama dua tahun dan ia disahkan juara Perancis itu hari ini.

“Dengan sukacita, bangga dan menjadi cita-cita saya menyertai kelab besar seperti ini, PSG.

“Sudah tentu saya tidak sabar untuk memulakan kerjasama dengan pemain hebat yang juga pemain terbaik dunia.

“PSG mempunyai potensi besar dan ia adalah prospek terbaik dalam bola sepak,” kata Tuchel dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab ibu negara Perancis itu.

Tuchel meninggalkan Borussia Dortmund tahun lepas setelah mengemudi pesukan tersebut memenangi Piala Jerman musim lalu, sekali gus menyaksikannya bebas daripada ejen- AFP