Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tuchel akui cemas ketika bas Dortmund ditahan polis

Thomas Tuchel
Thomas Tuchel

PARIS 20 April - Jurulatih Borussia Dortmund, Thomas Tuchel berkata moral pasukannya telah terjejas apabila pihak polis menahan bas yang dinaiki mereka sewaktu meninggalkan hotel bagi menghadapi saingan Liga Juara-juara hari ini, dengan menyifatkan perkara tersebut adalah paling teruk yang pernah berlaku.

Polis melambatkan perjalanan mereka sekitar 20 minit, menyebabkan sepak mula tertunda lima minit. Tuchel memberitahu, polis berbuat demikian bagi menjaga keselamatan, sementara UEFA berkata Dortmund lewat atas sebab kesesakan lalu lintas yang terus.

Langkah keselamatan itu dibuat seminggu selepas tiga letupan pada bas Dortmund sewaktu menuju ke perlawanan pertama di Jerman, dan kata Tuchel insiden tersebut telah menghantui mereka.

“Kami mahu bertolak pada 7:15 petang. Semua orang sudah bersedia dan berada di dalam bas, tetapi kami tidak dapat bertolak dalam 16 atau 17 minit.

“Polis bersama kami untuk mengiringi kami dan kami bertanyakan kepadanya mengapa kami tidak boleh bertolak...mereka hanya menjawab ‘atas sebab-sebab keselamatan’.

“Anda boleh bayangkan selepas lapan hari daripada insiden berdarah itu, perkara ini adalah yang paling teruk pernah berlaku,” Tuchel berkata selepas Dormund tersingkir dalam kejohanan berprestij di Eropah itu susulan tewas 3-6 menerusi agregat.

Tambah Tuchel, pasukannya membuat terlalu banyak kesilapan sewaktu kalah 3-1 dalam perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara hari ini menentang Monaco, dengan memberitahu BT Sport bahawa kelewatan itu telah menjejaskan tumpuan pasukan. - AGENSI

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain