Trio Tottenham itu kembali berlatih selepas pulih daripada kecederaan dan terdesak mahu memastikan mereka boleh diturunkan menentang Liverpool di Madrid.

Kane disingkirkan daripada pasukan selepas cedera buku lali ketika bertemu Manchester City dalam aksi suku akhir pertama kejohanan.

Bagaimanapun, penyerang England itu kembali menyertai sesi latihan malah sempat berbual bersama bekas pemain Manchester United, David Beckham yang singgah melihat mereka berlatih. - AGENSI