Panama layak ke Piala Dunia secara merit selepas menewaskan Costa Rica dengan keputusan 2-1 manakala Honduras berjaya beraksi dalam saingan playoff selepas menewaskan Mexico 3-2.

Dalam aksi playoff, Honduras akan menentang Australia.

Panama menamatkan aksi kedudukan CONCACAF Hexagonal dengan 13 mata selepas 10 perlawanan untuk berada di tangga ketiga di atas Honduras manakala Amerika Syarikat gagal ke Rusia tahun depan berikutan hanya mampu berada di tangga kelima dengan 12 mata.

Jurulatih AS, Bruce Arena adalah individu perlu dipertanggungjawabkan atas kekalahan skuad kebangsaan itu gagal ke Piala Dunia 2018.

“Kami gagal pada hari ini tanpa sebarang alasan.

“Kami sepatutnya menamatkan saingan hari ini dengan mata perlawanan namun gagal melakukannya,” kata Arena.

Dalam perlawanan tersebut Trinidad mula mendapatkan jaringan menerusi gol sendiri pemain AS, Omar Gonzalez sewaktu minit ke-17 dan terus mengukuhkan kedudukan hasil jaringan Alvin Jones minit ke-37.

AS hanya berupaya mendapatkan jaringan tunggal ketika minit ke-47 hasil rembatan kencang pemain Christian Pulisic.

Sementara itu, dalam aksi playoff bakal menyaksikan Honduras menentang Australia pada November ini bagi merebut peluang ke Piala Dunia 2018. - AGENSI