Tottenham, telahpun mengesahkan kedudukan mereka selaku juara Kumpulan H di depan Real Madrid dan Borussia Dortmund, dengan mengumpul 16 mata dan lima kemenangan daripada enam perlawanan. APOEL pula menamatkan aksi mereka di kedudukan tercorot setelah hanya mengumpul dua mata.

Llorente, yang menyertai Spurs dari Swansea City pada musim panas lalu, membuka akaun jaringannya untuk Tonttenham pada minit ke-20 apabila dia berjaya mengawal bola hasil hantaran lintang Serge Aurier, sebelum menyumbat ke pintu gol lawan.

Tottenham, yang melakukan lapan perubahan kepada pasukan yang beraksi menentang Watford, Sabtu lalu, meledakkan gol kedua selepas 37 minit apabila Son Heung-min menyempurnakan rembatan lengkung yang menerjah di sudut atas gawang APOEL dan Georges-Kevin N’Koudou melengkapkan kemenangan selesa 3-0 ketika permainan berbaki 10 minit untuk tamat. - REUTERS