Christian Eriksen muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan yang amat diperlukan itu pada minit-minit akhir permainan untuk Tottenham berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris ketika aksi musim ini berbaki tiga sahaja lagi.

Kemenangan itu membolehkan Tottenham mengumpul 70 mata daripada 35 perlawanan untuk mengatasi Chelsea di tangga keempat dengan 67 mata diikuti Arsenal (66) dan Manchester United (64) yang bermain masih kurang satu perlawanan. - AFP