Keputusan itu menyaksikan kelab London itu mengungguli kedudukan teratas Kumpulan H selepas mengumpul 13 mata dengan baki satu perlawanan.

Ketinggalan pada awal permainan menerusi jaringan Pierre-Emerick Aubameyang, Tottenham bangkit menyamakan kedudukan menerusi penjaring terbanyak mereka, Harry Kane dan ia merupakan jaringan keenam peledak utama England itu dalam kempen kali ini.

Heung Min Son memastikan Tottenham meraih tiga mata menerusi jaringan kemenangan pada minit ke-76.

Kejayaan itu menyaksikan Tottenham kini berada di atas Real Madrid dengan perbezaan tiga mata dan akan berdepan APOEL dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.-REUTERS