Acara ini dibuka kepada orang ramai yang harus mendapatkan pas masuk percuma dengan menjawab lima soalan dalam pautan http://bit.ly/EPLUTUSAN2018 (tarikh tutup 8 Mac) dan mereka yang meneka tepat akan menerima pengesahan pada 9 Mac ini.

Pengesahan menerusi e-mel itu, haruslah dikemukakan sebagai bukti di kaunter pendaftaran pada pukul 7 malam di Dewan Utusan, Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad bagi mendapatkan pas masuk percuma dan nombor cabutan bertuah.

Pengerusi jawatankuasa pe­nganjuran, Johardy Ibrahim berkata, format acara tahun lalu dikekalkan iaitu menonton sambil berpeluang memenangi cabutan bertuah, yang tiada ditawarkan di tempat tontonan lain.

“Kali ini, kapasiti orang ramai ditambah daripada 600 orang kepada 800 orang tahun ini bagi memenuhi permintaan ramai.

“Walaupun dewan boleh memuatkan 1,200 orang sekali gus, tetapi demi faktor keselesaan dan keselamatan, kami mengehadkan kepada 800 orang sahaja,” kata beliau di sini hari ini.

Acara kedua [email protected] ini dianjurkan dengan kerjasama Standard Chartered Bank yang juga merupakan penaja global kepada kelab Liverpool FC.

Johardy berkata, berikutan sambutan hebat diterima pada acara pertama 14 Oktober lalu, pihaknya kini menambah bilangan hadiah bagi acara cabutan bertuah.

Hadiah-hadiah menarik ditaja oleh Malaysia Airlines bagi kate­gori Super Grand Prize iaitu tiket kelas bisnes; AirAsia ke empat destinasi iaitu Maldives, Osaka di Jepun, Ho Chi Minh di Vietnam dan Jaipur, India.

Selain itu, hadiah juga ditaja oleh Sunway Lagoon, Demak Motors dan MyAngkasa Amanah Berhad.

Selain itu, Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (M) Bhd. turut menawarkan promosi istimewa e-paper akhbar Utusan Malaysia percuma selama sebulan kepada 500 peserta pertama dan tawaran langganan termurah iaitu RM30 setahun.