Gol pertama Tok Gajah disumbatkan oleh pemain berjersi nombor 10, Muhd. Nor Azam Abdul Azih melalui satu rembatan kencang yang terhasil daripada hantaran cantik Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-22 perlawanan.

Manakala gol kedua Pahang terhasil melalui sepakan penalti oleh Patrick Dos Santos Cruz pada minit ke 62.

Pengadil, Zulkarnain Zakaria memberikan sepakan penalti tersebut selepas pertahan Selangor menjatuhkan penyerang Pahang, Ammchi Augustine Iwuji di petak penalti.

Walaupun cuba menyerang balas, cubaan Selangor untuk mengimbangi perlawanan berjaya digagalkan pertahanan pasukan Pahang. - UTUSAN ONLINE