Penyerang import, Matheus Alves Leandro muncul wira pasukan tuan rumah apabila jaringannya pada minit ke-80 memastikan Pahang mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan tumpuan itu.

Terdahulu, Yamil Romero membuka jaringan pasukan Pahang pada minit ke-64 namun kelebihan itu tidak bertahan lama selepas pemain muda Kedah, Syafiq Ahmad menyamakan kedudukan 14 minit kemudian.

Sebelum ini, Pahang dua kali tewas menentang Kedah musim ini iaitu dalam saingan pusingan pertama Liga Super di Alor Setar dan final Piala FA di Stadium Shah Alam. - UTUSAN ONLINE