Gol pertama skuad Tok Gajah diperoleh menerusi sepakan penalti pada minit ke-15 yang disempurnakan pemain import dari Korea Selatan, Jaewon Heo.

Melaka United hampir memperoleh gol penyamaan pada minit ke-78,  namun bola tandukan Godwin Antwi Birago terkena tiang.

Tok Gajah menambah jaringan pada minit ke-85 selepas bola yang ditendang Muhamad Nor Azam Abdul Azih menerjah ke dalam gawang Melaka United. - UTUSAN ONLINE