PSG, yang menjadi pilihan utama untuk menjulang trofi tersebut buat kali keempat berturut-turut, dan belum pernah diraih oleh mana-mana pasukan, sempat memberikan gol saguhati kepada Rennes yang disumbangkan oleh Benjamin Bourigeaud menerusi penalti.

Penjaring terbanyak Cavani tidak tersenarai dalam skuad kali ini kerana pulang lewat daripada menyambut Krismas dan cuti Tahun Baharu di Uruguay, menyaksikan bahagian serangan diisi Di Maria, di samping Mbappe and Neymar.- AFP