Ribuan penyokong Mesir ha­dir ke sesi latihan tersebut bagi memberi sorakan gemuruh kepada pasukan kesayangan mereka di mana ia bermula pada pukul 10 malam waktu tempatan.

Walaupun menyarung jersi latihan, Salah sekadar duduk di tengah padang sambil berborak dengan kakitangan kejurulatihan sementara rakan sepasukannya sibuk berlatih di tengah padang

Juara Afrika tujuh kali itu layak ke Piala Dunia buat kali ketiga selepas kali pertamanya menyertainya pada 1990.

Mereka bakal menghadapi juara dua kali, Uruguay dalam aksi Kumpulan A pada 15 Jun ini.

Salah tetap disenaraikan dalam skuad Mesir walaupun mengalami kecederaan di bahu ketika beraksi bersama Liverpool menentang Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara yang berkesudahan tewas 3-1.

Selepas menjaringkan 44 gol untuk Liverpool pada musim lalu setelah berhijrah ke Anfield dari Roma, Salah merupakan harapan besar Mesir di Rusia.

Persekutuan Bola Sepak Mesir berkata, selepas kecederaan tersebut Salah tidak dapat beraksi selama tiga minggu dan itu bermakna dia akan terlepas aksi pertama menentang Uruguay bagaiamanapun dijangka diturunkan menentang Rusia dan Arab Saudi.

Mengulas lanjut mengenai keadaan Salah, doktor pasukan Mesir, Mohamed Abou al-Ela mengakui dia tidak dapat menentukan tempoh Salah akan kembali cergas.

“Kita tidak dapat beritahu sehingga dua hari nanti,” katanya. – AFP