Parlimen Catalan telah merancang untuk mengadakan referendum pada 1 Oktober ini bagi memisahkan wilayah itu dari Sepanyol walaupun mahkamah negara tersebut telah menyekat rancangan itu.

Sekiranya perkara tersebut berjaya dilaksanakan, Barcelona dan Espanyol berkemungkinan besar akan beraksi dalam Liga Perancis iaitu Ligue 1.

Bagaimanapun, Zidane berasakan ia akan menggugat taraf persaingan La Liga dan legenda Perancis itu tidak dapat membayangkan Barcelona tidak beraksi di Sepanyol.

“Saya tidak boleh melihat Liga Sepanyol tanpa Barcelona. Itu sahaja yang dapat saya katakan sebagai peminat bola sepak.

“Saya tidak mahu terlibat dalam perkara ini kerana terdapat pihak yang mahu dan tidak mahu perkara ini dilaksanakan, saya cuma mahu memberitahu bahawa saya tidak dapat melihat Liga Sepanyol tanpa mereka,” katanya. - AGENSI