Messi dan Ronaldo sentiasa bersaing semasa sendiri di La Liga sejak sembilan tahun lalu, sebelum secara tiba-tiba penyerang kebangsaan Portugal itu membuat kejutan untuk menyertai juara Serie A itu.

Real Madrid dan Barcelona masing-masing memenangi tiga perlawanan pembukaan dan berada di kedudukan teratas carta dengan pungutan sembilan mata.

“Real Madrid merupakan salah sebuah pasukan yang terbaik di dunia dengan dibarisi pemain terhebat (namun) terdapat bukti menunjukkan bahawa ketiadaan Cristiano Ronaldo membuatkan mereka kurang bagus.

“Sebaliknya ia menjadikan Juventus muncul salah sebuah pasukan pilihan untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara.

“Ia mengejutkan saya, saya juga tidak dapat bayangkan dia meninggalkan Madrid untuk menyertai Juventus.

“Terdapat banyak kelab yang mahukannya. Ia mengejutkan saya namun dia berhijrah ke sebuah pasukan yang terhebat,” kata Messi kepada Catalunya Radio yang disiarkan hari ini.- REUTERS