Selepas 20 tahun menjaringkan gol untuk mengesahkan kemenangan United sebagai juara Eropah di Catalonia, Ole Gunnar Solskjaer dilihat mampu menjadikan detik tersebut sebagai pemangkin untuk United bangkit dalam aksi timbal balik.

Skuad Red Devils bagaimanapun terpaksa akur dengan kekalahan selepas Messi menjaringkan dua gol, manakala bekas pemain Liverpool, diikuti Philippe Coutinho membolehkan mereka menang 3-0, sekali gus melangkah ke separuh akhir menerusi agregat 4-0.

“Kami sudah kata berulang kali bahawa sejarah tersebut tidak akan mempengaruhi permainan malam ini.

“Bagaimanapun, jika kami tidak mengubahnya, ia akan memberikan kesan buruk kepada kami dan akan sentiasa ketinggalan di belakang Barcelona,” kata Solskjaer.

Pengendali dari Norway menandatangani kontrak selama tiga tahun sebagai jurulatih tetap, namun prestasi Red Devils setelah dia mengesahkan kedudukan tersebut menjadi tanda tanya.- AFP