Dia juga menafikan bahawa desas-desus dia bakal disingkirkan sebagai pengendali Red ­Giants turut menjejaskan tumpuannya.

Turun sebagai juara 33 kali, Selangor mengalami kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas 0-2 kepada Pahang di Stadium Shah Alam, semalam.

Kekalahan itu hadir seminggu selepas mereka diaibkan 0-3 oleh PKNP FC juga di depan penyokong sendiri.

Selangor menghuni tangga tercorot Kumpulan D sebagai satu-satunya pasukan yang belum mencatat kemenangan, tidak menjaringkan gol dan dibolosi lima kali.

“Tidak ada apa-apa masalah (dalam bilik persalinan). Kami cuma belum mendapat rentak Piala Malaysia.

“Tentang kedudukan jurulatih...Berada di kerusi panas ini, saya sudah jangka situasi begini (mungkin disingkir) akan berlaku, namun itu di luar bidang kuasa saya.

“Pasukan ini telah bergelut dengan pelbagai masalah musim ini dan saya hanya mewarisi apa yang ada, namun kami masih mampu ke final Piala FA dan kekal dalam Liga Super. Bagi saya, dari segi pencapaian peribadi itu cukup baik,” kata Nazliazmi kepada Utusan Malaysia.

Nazliazmi bagaimanapun mengakui, ketiadaan dua bintang Indonesia, lham Udin Armayn dan Ivan Dimas yang dipanggil untuk menguatkan cabaran skuad bawah 23 (B-23) negara mereka bagi menghadapi Sukan Asia 2018 memberi kesan kepada permainan Selangor.