Kapten Real, Sergio Ramos juga mengakui, dia gembira jika Bale terus bersama pa­sukan, namun tidak pasti apakah pemain itu akan kekal pada musim panas ini.

Bale, 28, dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United jika Real meneruskan hasrat untuk mendapatkan penyerang remaja sensasi Perancis, Kylian Mbappe dari Monaco.

Pengurus United, Jose Mou­rinho menegaskan, dia akan berjuang untuk membawa Bale ke Old Trafford jika Real memutuskan untuk melepaskan pemain itu.

“Pada masa ini, Bale adalah pemain Real Madrid dan kami gembira memilikinya dalam pasukan, namun Ogos masih panjang dan apa sahaja boleh berlaku,” kata Ramos menjelang pertemuan menentang United dalam Piala Super EUFA di Skopje, semalam.

Sementara itu, Zidane ketika ditanya mengenai Bale me­ngakui, pemain itu berdepan kesukaran selepas hanpir empat bulan dipinggirkan akibat kece­deraan musim lalu.

Begitupun, keadaannya kini bagus, malah dia amat fokus dalam latihan.

“Apa yang penting bukan pa­sukan lain tetapi apa yang dirasai pemain itu sendiri. Bale amat fokus dalam latihan,” kata Zidane.

Ditanya mengenai ke­nyataan Mourinho, Zidane membalas: “Dia mempersiapkan pasukannya, saya persiapkan pasukan saya.

“Perkara sama juga berlaku kepada Cristiano (Ronaldo). Dia dikaitkan dengan pelbagai berita, termasuk perpindahan ke United dan saya rasa orang ramai hanya mahu mendengar cerita-cerita sensasi,” ujarnya. – AGENSI