United telah memulakan kempen Liga Perdana Inggeris musim ini dengan enam kemenangan dan seri dalam tujuh perlawanan awal.

Pertemuan di Anfield akan menjadi aksi pertama United menentang antara enam kelab gergasi Liga Perdana Inggeris seperti skuad bimbingan Jurgen Klopp pada musim ini.

Aksi di Anfield ini juga boleh dianggap sebagai ujian buat United bagi melihat kemampuan kelab itu memburu gelaran liga.

“Tiada apa yang mahu kami buktikan.

“Kami mempunyai objektif sendiri pada musim ini dan kami tahu ke mana arah tujuan kami serta bagaimana bagi mencapainya,” kata Mourinho.

Aksi pertama United menentang Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada musim lalu menyaksikan skuad bimbingan Mourinho sekadar pulang dengan satu mata dari Anfield selepas terikat dengan keputusan 0-0.

Penyerang, Romelu Lukaku akan mengetuai barisan serangan United dalam aksi menentang Liverpool pada Sabtu ini selepas pemain itu membuktikan dia telah cergas sepenuhnya ketika membantu Belgium meraih kemenangan 4-0 ke atas Cyprus pada Selasa. - AGENSI