Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Three Lions singkirkan Vardy

JAMIE VARDY - AFP
JAMIE VARDY - AFP

LONDON 8 Jun - Jamie Vardy terpaksa disingkirkan daripada skuad England bagi menghadapi Scotland dan Perancis setelah penyerang Leicester itu mengalami kecederaan, kata Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Vardy, 30, mengalami kecederaan sewaktu menjalani latihan dan bakal terlepas aksi kelayakan Piala Dunia menentang Scotland di Glasgow pada Sabtu ini dan perlawanan persahabatan bertemu Perancis di Paris, Selasa depan.

“Jamie Vardy sudah meninggalkan skuad England sebagai langkah berjaga-jaga setelah mengalami kecederaan ringan ketika latihan di St George Park pada Selasa. Tiada sebarang pemain tambahan dipanggil untuk menyertai skuad buat masa sekarang,” kata FA dalam satu kenyataan.

Vardy membuat 16 penampilan bersama skuad Three Lions telah meledak enam gol dan kali terakhir dia menjaringkan gol ketika menewaskan Lithuania 2-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada Mac lalu.

Harry Kane, Jermain Defoe dan Marcus Rashford bakal bersaing bagi mendapatkan tempat yang ditinggalkan Vardy. - AFP

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain