Kekalahan itu menyaksikan The Red Warriors (TRW) kekal di tangga tercorot dengan hanya mengutip 15 mata dan berada di ambang penyingkiran ke Liga Perdana ketika saingan berbaki dua perlawanan.

Katanya, selain wajib menang dalam baki dua perlawanan menentang Terengganu (tempat lawan) dan Pahang (di laman sendiri), mereka juga mengharapkan aksi melibatkan Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor berpihak kepada mereka.

“Kami berdepan tugas sukar untuk mengelak daripada tersingkir ke Liga Perdana dan perlu berharapkan berlakunya keajaiban untuk kekal di Liga Super.

“Bagi dua perlawanan terakhir menentang Terengganu di tempat lawan, Isnin ini sebelum melayan kunjungan Pahang pada 29 Julai di laman sendiri, kami perlu memastikan kemenangan berpihak kepada kami.

“Saya yakin pemain muda Kelantan mampu mempamerkan aksi cemerlang selain semua pemain yang diturunkan dapat bermain dengan seikhlas hati ketika beraksi di padang,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan JDT menentang Kelantan di Stadium Tan Sri Haji Yunos, Larkin di sini malam tadi. - UTUSAN ONLINE