Namun hari ini sebaliknya berlaku apabila skuad Gajah Perang dihantui dengan kegagalan mereka kepada Malaysia di laman sendiri dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Rajamangala, semalam.

Malaysia berjaya mengikat Thailand 2-2 di Bangkok sekali gus layak ke saingan akhir Piala AFF dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kekalahan Thailand itu menyebabkan ketua jurulatihnya, Milovan Rajevac terpaksa akur bahawa Harimau Malaya adalah pasukan yang hebat dan layak ke saingan akhir.

“Sudah tentu saya tidak berpuas hati dengan kekalahan ini kerana gagal ke saingan akhir namun tetap menjadi satu pendedahan buat pemain kami.

“Saya mahu mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia dan sememangnya mereka layak untuk ke saingan akhir,” kata Rajevac dalam laman web rasmi Piala AFF 2018, hari ini. - UTUSAN ONLINE