Ozil, 30, merupakan pemain yang menerima gaji paling lumayan, selepas menandatangani kontrak 350,000 pound (RM1.86 juta) seminggu pada 2018, namun, sekadar turun sebagai barisan utama sebanyak 13 daripada 26 perlawanan liga, musim ini.
 “Dia perlu konsisten dalam latihan dan perlawanan, tanpa kecederaan atau sakit. Kami mahukannya seperti itu, jadi kami boleh lihat Mesut yang terbaik bersama Arsenal. Kunci ada di tanggannya, dan dia talah bekerja keras pada minggu ini,” kata Emery.

Ozil telah bermain sebanyak 216 kali bersama Arsenal selepas berhijrah dari Real Madrid, yang juga rekod pembelian kelab 42 juta pound (RM223.06 juta) pada 2013.

Bagaimanapun, dia hanya membuat satu penampilan sejak Boxing Day, dengan alasan kecederaan dan taktikal menyebabkan pemain dari Jerman itu sering kali disisihkan.

Bulan lalu, Emery mempertahankan keputusannya untuk tidak meletakkan Ozil dalam senarai kesebelasan utamanya, dan pada Disember dia berkata, pemain tengah itu mempunyai masa depan bersama Gunners. - AGENSI