Percaturan pengendali skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim berhasil dengan memasukkan Abdul Malik menggantikan Mohd Ashari Samsudi pada minit ke 60 babak kedua setelah kedua-dua pasukan tanpa jaringan.

Jaringan Abdul Malik pada minit ke -78 yang menerima hantaran kapten pasukan, Tchetche Herman menerusi gerakan di sebelah kanan gol JDT ternyata menggembirakan lebih 10,000 penyokong tuan rumah.

Kemenangan itu menyuntik semangat Terengganu sebagai modal menghadapi separuh akhir kedua menentang JDT di Larkin 20 Oktober ini.

Sebelum itu sejak awal perlawanan, JDT lebih banyak menguasai permainan dalam usaha memburu jaringan awal namun asakan serta cubaan seringkali tersasar.

Aksi babak pertama bermula dengan asakan pasukan tuan rumah menerusi barisan penyerang diketuai ketua pasukan Tchetche Herman dan peluang menghasilkan gol hadir pada minit ke 5 namun hantaran silangnya gagal dimanfaatkan Lee Andrew Tuck.

JDT pula mengatur gerakan diketuai pemain import Gonzalo Gabriel dan pada minit ke-7, penyerang pasukan pelawat Safawi Rasid melepaskan rembatan namun berjaya ditepis penjaga gol Penyu, Mohf. Sufian Rahman Kungi.

JDT masih tidak berputus asa dan terus mengasak gawang Terengganu dengan Haris Harun mencubq nasib dengan meledak rembatan tetapI dikuis benteng pertahanan tuan rumah di.minit ke 10.

Sehingga ke minit 37, lebih 10,000 penyokong tuan rumah tergamam dengan sepakan kencang Gonzalo Gabriel yang nyaris mrletakkan JDT di depan namun cubaan itu terkena tiang gol Terengganu.

Kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama. - UTUSAN ONLINE