Perlawanan tersebut terpaksa ditangguhkan selama 40 minit selepas venue perlawanan menghadapi masalah teknikal lampu limpah namun situasi tersebut tidak menjejaskan fokus skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim untuk memburu tiga mata.

Gol tunggal perlawanan dihasilkan menerusi tandukan Igor Zonjic pada minit ke-69 berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil oleh Lee Tuck.

Kuala Lumpur pula terpaksa akur dengan kekalahan tersebut yang menyaksikan sehingga kini pasukan kendalian Yusri Che Lah itu masih gagal mencari kemenangan selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut. - UTUSAN ONLINE