Malaysia yang di­undi dalam Kumpu­lan A akan me­mu­lakan kempen ber­de­pan Tajikistan pada 20 September, diikuti aksi menentang Thailand (23 September) dan Jepun (26 September) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, pasukan negara akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan B yang terdiri daripada pasukan Korea Utara, Oman, Yaman dan Jordan pada aksi suku akhir yang dijadualkan 30 September.

Sekiranya pasukan negara muncul juara Kumpulan A, perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional manakala jika naib juara mereka akan beraksi di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan pada 4 Oktober di Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya manakala final pula pada 7 Oktober di Stadium Nasional.

Selain Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, satu lagi gelanggang kejohanan ialah Arena Universiti Malaya (UM Arena), Kuala Lumpur.

Tiket dijual pada harga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) di ketiga-tiga venue namun bagi perlawanan di Stadium Nasional, tiket turut dijual untuk kategori VIP berharga RM20 dan grandstand RM15. – BERNAMA