Yusri berkata, barisan tengah lawan yang ditunjangi oleh Jonathan Leonel Acoste, Ronel Oswaldo Morales dan Daniel Sang Thing memberikan kesukaran kepada barisan TRW untuk masuk ke kawasan PKNS FC.

Menurutnya, bagaimanapun dia sedikit gembira apabila barisan pemainnya berjaya memberikan tentangan sengit kepada lawan pada babak kedua.

“Saya akui, jentera serangan TRW pada perlawanan itu sedikit lemah apabila mudah hilang bola.

“Jadi untuk perlawanan akan datang bertemu lawan yang sama pada aksi Piala FA nanti kita akan perkemaskan lagi bahagian berkenaan,” katanya.

Pada perlawanan itu, jaringan tunggal Mohd. Faris Ramli pada minit ke-39 memastikan PKNS FC meraih tiga mata penuh sekaligus merampas kedudukan di puncak Liga Super buat sementara waktu dengan kelebihan satu mata mengatasi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kurang satu perlawanan. -UTUSAN ONLINE