Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Tekad pertahan emas

(DARI KIRI) Mohammad Amirul Arif Mahadthir bersama penolong jurulatih Edwin Roch (dua kiri), Azhari
(DARI KIRI) Mohammad Amirul Arif Mahadthir bersama penolong jurulatih Edwin Roch (dua kiri), Azhari Abdullah (tengah), Sunny Shalesh dan Meor Shahrul Azha Mat Salleh berjanji untuk mempertahankan pingat emas semasa sidang akhbar Program Kita Juara Para ASEAN di Kuala Lumpur semalam. – UTUSAN/NOORADZRENE MOHAMMED NOOR

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Skuad negara bertekad mempertahankan pi­ngat emas bola sepak cacat penglihatan yang menjadi sukan tumpuan ramai dalam Sukan Para ASEAN Kesembilan pada 17-23 September ini.

Justeru jurulatihnya Sunny Shalesh berharap kehadiran ramai penonton ke Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil yang menjadi gelanggang persaingan nanti mampu membawa kelebihan kepada pasukannya atau ibarat pemain ke-12 mereka.

“Ketika di Singapura 2015, kami yang hadir seperti sebuah pasukan rekreasi (lima sebelah) masih mampu menang emas mengejut yang juga merupakan emas ke-50 buat kontinjen negara.

“Tahun ini di tempat sendiri, dengan latihan persiapan lebih lama, sudah pasti kami mahu mempertahankannya,” katanya dalam sidang akhbar yang turut disertai pengurus pasukan Azhari Abdullah, di sini hari ini.

Turut hadir ialah ketua pasukan yang juga pemain tengah berpengalaman sejak Sukan Para ASEAN 2013 di Myanmar, Mohammad Amirul Arif Mahadthir dan penjaga gol Meor Shahrul Azha Mat Salleh.

Skuad negara akan berentap dengan pilihan utama Thailand selain Vietnam dan Laos dalam format liga sepusingan. Perlawanan akhir akan berlangsung pada 22 September.

Azhari berkata, Sukan Para ASEAN juga merupakan pemanas badan untuk pasukannya menjelang Kejohanan Asia di ibu kota Disember ini yang menawarkan tiga kuota untuk negara Asia ke Piala Dunia di Sepanyol tahun depan.

Sementara itu, skuad bola sepak cerebral palsy (tujuh se­belah) negara yang diterajui Asnan Mohd. Zuki dan diuruskan G. Rajendran turut meletakkan sasaran mara ke perlawanan akhir yang menggunakan format liga sepusingan dua kumpulan pada peringkat awal.

“Kita diletakkan sekumpulan dengan Singapura dan Kemboja manakala kumpulan lain dianggotai Myanmar, Thailand dan Indonesia.

“Kami mengadakan 12 perlawanan persahabatan sebagai persiapan dan menguji pasukan ini dengan menentang pemain normal seperti dari Akademi Kelab Diraja Selangor (bawah 18 tahun) dan Universiti Malaya.

“Jika sasaran tercapai, pasukan ini akan layak ke Sukan Para Asia di Indonesia pada 2018,” katanya yang menambah mereka turut diperkuatkan semula oleh penjaring terbanyak temasya dua tahun lalu Mohammad Sobri Ghazali.

Skuad negara, katanya, menduduki tempat keempat di Singapura namun beroleh pingat gangsa di Myanmar 2013 dan menganggap Thailand sebagai pilihan utama acara ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain