Isco, Gareth Bale dan penyerang baharu kelab, Mariano Diaz meledak gol di Santiago Bernabeu untuk memastikan juara bertahan itu membuka kempen dengan langkah kanan.

Pengendali Real, Julen Lopetegui turut memuji Diaz kerana memanfaatkan peluang yang diberi selepas membuat penampilan kedua dari bangku simpanan sejak tiba dari Lyon.

"Peluang datang dan Mariano menyempurnakannya dengan baik.

"Bagaimanapun musim ini masih panjang dan kami memerlukan setiap pemain untuk berada dalam keadaan baik," kata Lopetegui dalam sidang akhbar.

Thibaut Courtois juga kembali di bangku simpanan, namun Keylor Navas mendapat kepercayaan untuk menjaga gawang Real. - AGENSI