Pada perlawanan tersebut ,kedua-dua pasukan menamatkan saingan di Nou Camp tanpa sebarang gol, sekali gus memberikan kemenangan ke atas Juventus dengan agregat 3-0.

Malah, pada perlawanan tersebut Barcelona tidak berupaya mengulangi kebangkitan seperti dipamerkan ketika melawan Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi 16 terakhir dengan kemenangan dramatik 6-1 di laman sendiri.

Bos Juventus, Massimiliano Allegri berkata, pasukannya telah mempamerkan aksi luar biasa pada perlawanan tersebut kerana mampu menyekat tuan rumah daripada meraih sebarang jaringan.

“Kejayaan kami tidak melepaskan sebarang gol dalam dua perlawanan melawan Barcelona membuktikan semuanya adalah berkaitan taktikal pasukan.

“Mereka memiliki banyak peluang di Turin berbanding malam ini dan bagi saya pasukan kami bertahan dengan amat baik,” kata Allegri.

Trio penyerang berbahaya Barcelona, Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar gagal membantu pasukan mereka meraih jaringan, sekali gus membenarkan kelab Itali itu membalas dendam atas kekalahan dalam aksi final Liga Juara-juara 2015.

Selepas ini, Juventus akan menyertai juara bertahan Real Madrid, Atletico Madrid dan Monaco dalam undian separuh akhir yang di jadual esok.

“Kami sudah cuba dengan kekuatan yang ada, tetapi kami gagal menjaringkan gol.

Dalam aksi Liga Juara-Juara musim ini Juventus masih lagi mengekalkan status lapan perlawanan tanpa bolos dalam 10 saingan yang telah berlangsung. – AFP