Timbalan Presiden PBNP, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, pihaknya juga belum mengadakan perbincangan bagi melepaskan pemain kelahiran Gambia itu untuk menyertai pasukan negara.

“Kita tidak dapat rasmi lagi, mungkin itu cakap-cakap (pelepasan Sumareh) dan kita akan berbincang di peringkat majlis,” katanya di sini hari ini.

Hari ini Utusan Malaysia melaporkan pengendali Skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berharap Pahang akan melepaskan pemain naturalisasi berusia 27 tahun itu menyertai kem latihan pusat pasukan negara. - UTUSAN ONLINE