Tahun lalu, Red Devils dikaitkan dengan Jerome Boateng, Toby Alderweireld, Harry Maguire, Diego Godin dan Samuel Umtiti namun kali ini, Sule menjadi sasaran utama United.

Berdasarkan laporan media Jerman, Sport1 mendakwa bos United, Ole Gunnar Solskjaer sudah merisik Sule dengan harapan untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Pemain berusia 23 tahun itu menyertai Bayern dari Hoffenheim pada Julai 2017 telah membuat penampilan 43 kali bersama kelab gergasi Jerman itu.

Dua tahun lalu, Sule bernilai 21 juta pound (RM112 juta) dan masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun dan dijangka United sanggup menebusnya. Nilai permulaan bagi pemain tersebut sekarang adalah 40 juta pound (RM214 juta). - AGENSI