“Kita beroleh kemenangan yang ketiga! Hebat skuad bola sepak kita ! #BangkitBersama #Kebanggaanku #KL2017,” katanya menerusi status di Twitter hari ini.

Turut sama mengucapkan tahniah adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Tahniah atlet-atlet negara tambah pingat emas buat negara. Tahniah pasukan bola sepak menang 3-1. Ayuh Malaysiaku terus #BangkitBersama #KL2017,” katanya.

Dua jaringan pantas yang dicipta Malaysia sudah cukup untuk memastikan tiga mata menjadi milik negara apabila menundukkan Myanmar 3-1.

Kemenangan itu juga bermakna peluang skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee untuk merampas kedudukan pendahulu kumpulan yang ketika ini dipegang oleh Myanmar mampu dilakukan kerana Malaysia masih mempunyai baki satu perlawanan iaitu menentang Laos di venue yang sama pada Rabu ini manakala skuad kendalian Gerd Zeise sudah pun mengharungi empat perlawanan. - UTUSAN ONLINE