Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memperkenalkan promosi ‘Ladies Night’ buat kali pertama untuk menggalakkan lebih ramai penyokong wanita memenuhkan Stadium Shah Alam dalam perlawanan menentang Felda United.

Bagi melayakkan mereka turut memenangi hadiah, peminat diminta mengikuti beberapa langkah iaitu bergambar dan memuat naik gambar tersebut ke media sosial Facebook, Twitter atau Instagram peribadi.

Bersama gambar tersebut, mereka diminta meletakkan tanda pagar #FASBeliJiwa & #FASLadiesNight.

Lapan pemenang bertuah untuk setiap platform akan dipilih sebagai pemenang.

“Terima kasih kepada penaja rasmi jersi FA Selangor, Joma Malaysia kerana telah terpanggil untuk meraikan penyokong wanita setia kami dengan menaja 30 helai jersi Red Giants (15 jersi laman sendiri dan 15 tempat lawan) sebagai hadiah.

“Enam lagi jersi akan diberikan secara terus melalui segment vlog kami,” tulis FAS dalam Facebook rasmi mereka hari ini. - UTUSAN ONLINE