Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Subahan ingatkan Amirudin

FAS hantar permohonan kepada Menteri Besar Disember lalu

Subahan Kamal 2
Subahan Kamal

KUALA LUMPUR 17 Julai - Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Subahan Kamal mengingatkan Amirudin Shari bahawa pihaknya telah menghantar permohonan rasmi kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan bantuan dana sebanyak RM5 juta tetapi hingga kini masih belum mendapat sebarang jawapan.

Subahan juga mengingatkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor itu bahawa FAS sudah melakukan pembentangan bajet seperti yang disyaratkan.

“Bercakap mengenai dana, FAS sudah menghantar permohonan rasmi kepada Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) pada Disember lalu malah kami juga sudah melakukan pembentangan bajet serta memohon dana sebanyak RM5 juta.

“Kami menghantar sendiri permohonan tersebut dan bukti penerimaannya juga kami ada. Jangan cakap tanpa asas.

“Bagaimanapun, jika beliau (Amirudin) meminta kami menghantar sekali lagi tiada masalah dan kami akan melakukannya. Namun janganlah ajak-ajak ayam sahaja. Isu minta dana ini bukan perkara baharu tapi sudah lama,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Amirudin sebelum ini berkata Kerajaan Negeri Selangor sedia mempertimbangkan permohonan FAS untuk mendapatkan dana berkenaan namun mereka perlu menghantar surat rasmi dan mengikut prosedur berhubung perkara tersebut. Amirudin juga mendakwa FAS hanya membuat permohonan tersebut melalui media sahaja.

Subahan berkata, FAS kesal dengan kenyataan Amirudin itu dan menegaskan bahawa dakwaan beliau adalah tidak benar.

“Bukti FAS menghantar permohonan rasmi kami ada. Janganlah pura-pura tidak tahu. Dia minta dana daripada KBS (Kementerian Belia dan Sukan) untuk membaiki kerosakan bumbung di Stadium Shah Alam melalui media boleh pula,” katanya lagi.

Mengulas mengenai kenyata­an Amirudin yang beranggapan pasukan Selangor tidak mempunyai keperluan untuk kembali beraksi di Stadium Shah Alam, Subahan menyifatkan perkara tersebut tidak masuk akal.

“Saya nak tanya, berapa ramai penyokong PKNS FC yang hadir untuk menyaksikan pasukan itu beraksi di Stadium Shah Alam. 200 orang? Jangan main cakap sahaja. Ini bukan soal jumlah penyokong yang hadir tapi stadium itu gelanggang keramat dan rasmi Selangor sejak dari dahulu lagi.

“Apabila Selangor dipindahkan untuk beraksi di stadium tersebut, jumlah penonton pasti akan meningkat. Stadium itu rumah kami dan takkan nak bagi kepada pasukan lain,” katanya lagi.

Amirudin berkata berdasarkan rekod, perlawanan terakhir Selangor di Stadium Selayang iaitu menentang T-Team hanya dihadiri 2,885 orang penonton sedangkan kapasiti stadium ialah 15,000.

Katanya lagi jika dibuat perbandingan dengan jumlah 2,000 kedatangan penonton itu dengan kapasiti 80,000 Stadium Shah Alam, belum ada keperluan untuk pasukan Selangor bermain di Stadium Shah Alam.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain