Liverpool kini tidak boleh keciciran mata dalam baki dua perlawanan apabila bertandang ke Chelsea pada 6 Mei, diikuti menentang Brighton pada 13 Mei.

Biarpun anak-anak buah Jurgen Klopps memegang kelebihan enam mata ke atas Chelsea, yang ketika ini menghuni tangga kelima, namun skuad Blues memiliki kelebihan dua perlawanan berbanding Reds.

Empat pasukan teratas layak ke Liga Juara-Juara musim depan. Manchester City yang sudah dinobat sebagai juara liga mengungguli saingan dengan 90 mata, diikuti Manchester United (74), Liverpool (72) dan Tottenham dengan 68 mata.

Selain hilang dua mata penting, keputusan seri tanpa jaringan juga menyebabkan misi penyerang sensasi Mesir, Mohamed Salah untuk menyamai rekod legenda kelab, Ian Rush semakin sukar.

Rush masih memegang rekod 47 gol dalam satu musim (semua kejohanan) dan Salah kurang enam jaringan untuk menyamai rekod tersebut.

Begitu pun, peluang masih ada untuk Salah dalam baki dua perlawanan liga selain pada perlawanan timbal balik menentang Roma. - AGENSI