Acara tersebut yang sebahagian daripada program [email protected], diadakan dengan kerjasama kelab penyokong rasmi Liverpool, All Reds Malaysia (ARM) dan rakan korporat Kumpulan Utusan.

Ketua Kemampanan dan Hal Ehwal Korporat Standard Chartered, Mastura Adnan berkata, tarikan bagi acara [email protected] yang merupakan kali ketiga dianjurkan, bakal menyediakan hadiah cabutan bertuah berupa tiga helai jersi Liverpool musim 2018-19 dan barangan cenderamata LFC.

Katanya, sepak mula perlawanan ialah pada pukul 8.30 malam dan acara cabutan bertuah akan diadakan selepas itu, selain beberapa aktiviti menyeronokkan disedia di lobi Dewan Utusan, Ibu Pejabat Kumpulan Utusan di Jalan Utusan, Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200, Kuala Lumpur.

“Penyertaan adalah terbuka kepada ahli ARM dan tetamu undangan Standard Chartered Bank iaitu kakitangan dan pelanggan terpilih Bank yang menyokong LFC.

“Ini adalah satu daripada program unik Standard Chartered Bank sebagai penaja global kelab terkemuka ini di Malaysia demi mendekati penyokong tempatan di mana kami beroperasi,” katanya.

Mastura berkata, pihaknya menjangka antara 300 hingga 400 orang peminat menghadiri acara tersebut.