PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli (kiri) diraikan oleh penyerang Harry Kane dan Son Heung-m
PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, Dele Alli (kiri) diraikan oleh penyerang Harry Kane dan Son Heung-min selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika menentang Swansea City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium The Liberty, Swansea semalam. Tottenham menang 2-0. – AFP

Skuad Pochettino akan melayan kunjungan lawan mereka itu di Wembley, hanya 48 jam selepas mereka menang 2-0 ke atas Swansea hari ini, sekali gus melonjak ke tempat kelima di atas Arsenal dalam kedudukan Liga Perdana.

Jaringan pembukaan oleh bekas penyerang Swansea, Fernando Llo­rente yang kelihatannya ofsaid dan jaringan pada penghujung perlawanan oleh Dele Alli membolehkan Spurs meraih kemenangan keenam daripada tujuh perlawanan dalam semua pertandi­ngan.

Walaupun pemainnya hanya mendapat tempoh pendek untuk berehat, Pochettino percaya perkara yang sama dialami kedua-dua pasukan.

West Ham juga bermain hari ini, menewaskan West Brom 2-1, dan Pochettino berkata: “Saya tidak akan merungut. Saya rasa kami mengalami keadaan yang sama se­perti dialami West Ham.

“Keadaan adalah sukar untuk pemain. Kami perlu berehat dan mungkin melakukan beberapa per­ubahan ke atas pasukan. Tetapi ini juga bermakna memberi peluang kepada pemain lain dalam skuad kami.

“Saya tahu bagaimana keadaannya (jadual pertandingan). Adalah sukar untuk bermain dalam tempoh sekarang. Kami perlu berehat dan membuat keputusan yang betul.”

Pochettino berkata Harry Kane mungkin akan cergas untuk berada dalam kesebelasan utama esok.

Penyerang England itu sebelum ini mendapat selesema yang teruk, tetapi bermain pada separuh masa kedua di Swansea dan umpanannya membuka ruang untuk Alli menjaringkan gol pada minit ke-89. – AFP