Dalam aksi tersebut Spurs berjaya membuatkan juara 12 kali Liga Juara-Juara itu bangkit bagi menyamakan kedudukan 1-1 di Bernabeu pada awal pagi tadi.

Gol awal perlawanan berjaya diperoleh kelab daripada Liga Perdana Inggeris itu menerusi jaringan sendiri pemain lawan, Raphael Varane sewaktu minit ke-28.

Bukan itu sahaja, Spurs juga telah memberikan tekanan kepada Real Madrid sebelum Cristiano Ronaldo dapat menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti minit ke-43.

Sepanjang separuh masa kedua berlangsung penjaga gol Spurs, Hugo Lloris berjaya mempamerkan aksi terbaik bagi mempertahankan gawang daripada dibolosi biarpun dihujani beberapa percubaan tepat pasukan tuan rumah.

“Satu mata yang diraih pasukan dalam aksi di Bernabeu adalah perkara yang amat berharga buat kami semua kerana ia menunjukkan kemampuan kelab ini bersaing.

“Kami sangat gembira kerana biarpun mereka mendapat peluang menjaringkan gol namun kami dapat menghalang mereka dengan baik,” kata Kane. - AGENSI