Southgate mengakui lawannya itu sentiasa memberikan laluan getir buat England di gelanggang sendiri bagi aksi Kumpulan A di Podgorica.

Terdahulu, England berjaya melakar kemenangan besar 5-0 ke atas Republik Czech dalam aksi pembukaan di Stadium Wembley, Jumaat lalu.

“Tiada keraguan,” tegas Southgate ketika ditanya sama ada akan menyenaraikan pemain muda seperti Jadon Sancho, 18, Declan Rice dan Callum Hudson-Odoi bagi aksi berkenaan.

“Ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran mereka dan untuk menjadi pasukan terbaik kamu perlu mengadaptasi setiap suasana yang kami harungi.

“Jumaat di Wembley sentiasa memberikan pengalaman yang berbeza daripada pergi ke tempat lawan dalam aksi kelayakan, yang kebiasaannya sentiasa sukar,” katanya yang percaya kemampuan skuad mudanya.

Montenegro sebelum ini mengikat England dalam perlawanan kelayakan di gelanggang sendiri pada 2010 dan 2013 tetapi pengurusnya, Ljubisa Tumbakovic mendakwa dia tidak dapat melihat sebarang kelemahan dalam skuad Southgate.

Sebagai rekod, England hanya menang sekali daripada empat pertemuan dengan Montenegro iaitu ketika menang 4-1 di Wembley pada 2013. -AGENSI