PEMAIN Belanda, Donny van Beek (kiri) cuba merebut bola daripada pemain England Dele Alli dalam aksi
PEMAIN Belanda, Donny van Beek (kiri) cuba merebut bola daripada pemain
England Dele Alli dalam aksi persahabatan di Amsterdam, semalam. – AGENSI

Bagaimanapun Southgate mengakui masih terdapat banyak ruang yang perlu diperbaiki walaupun berjaya menewaskan skuad bimbangan Ronald Koeman itu.

Jesse Lingard menjadi penjaring tunggal dalam perlawanan tersebut menerusi percubaan pertama pemain Manchester United itu pada minit ke-59, sekali gus merakamkan kemenangan pertama ke atas lawan mereka sejak kemenangan 4-1 dalam Kejohanan Euro 1996.

“Saya fikir ini adalah ujian yang baik. Kami bertandang ke sini dan mengawal permainan, mengusai bola dengan baik, terutama pada 60-65 minit pertama.

“Mungkin sedikit kualiti di peringkat akhir diperlukan tetapi secara keseluruhannya, saya gembira dengan cara kami bermain sehingga detik gol itu, pertahanan kami kelihatan sangat kental,” katanya.

Belanda, yang turun dengan misi untuk menamatkan kemarau kemenangan dalam lima perlawanan, bagaimanapun gagal menggugat penjaga gawang, Jordan Pickford.

Ini merupakan sentuhan pertama Koeman yang kembali melatih skuad Oranje.

Walaupun kehilangan Joe Gomez ekoran kecederaan buku lali dan digantikan Harry Maguire pada minit ke-10, percaturan itu tidak mengganggu tiga pertahanan yang diterapkan, termasuk Kyle Walker yang berperanan sebagai pertahanan tengah. – AFP