Pellegrino mengemudi skuad St. Mary setelah menandatangani kontrak selama tiga tahun pada Jun tahun lalu, namun pengendali berusia 46 tahun itu sekadar mencatat satu kemenangan dalam 17 perlawanan terakhir liga, selain berkelebihan satu mata dari zon penyingkiran.

“Kami bersedia membawa masuk pengurus baharu secepat mungkin, dengan pencarian untuk mengisi slot itu sedang dalam perjalanan,” kata Southampton dalam satu kenyataan.

Bekas jurulatih Alaves itu telah mengepalai kelab dari pantai selatan tersebut ke suku akhir Piala FA dan mereka kini akan bertandang ke Wigan, yang juga pasukan divisyen ketiga tanpa pengendali untuk mengharungi pusingan lapan terakhir Ahad ini.- AFP