United menang kesemua empat perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak Solskjaer mengambil alih tanggungjawab selaku pengurus tetapi mereka terpaksa mengetepikan Pogba dalam saingan Piala FA kerana mengalami kecederaan selepas pemain itu bertembung dengan pemain Newcastle, Jonjo Shelvey dalam perlawanan minggu lalu.

Solskjaer akan bertandang ke Stadium Wembley untuk berdepan cabaran sengit daripada Spurs dan dia berharap agar Pogba dapat kembali menyertai pasukan untuk perlawanan itu.

“Pogba kelihatan baik dan kami harap dia akan cergas sepenuhnya.

“Dia ada mengalami kecederaan tetapi selepas beberapa sesi latihan, dia kelihatan baik. Dia akan berada dalam keadaan baik,” kata bekas bintang Norway itu.-AGENSI