Parker, 54, yang juga pengulas televisyen terkenal berkata, bekas pe­nyerang United itu hanya sesuai untuk mengalas tugas pengurus sementara ekoran pemecatan Jose Mourinho.

Biarpun Solskjaer, 45, berjaya mencatat kemenangan dalam semua empat perlawanan pertama bersama United, namun pencapaian tersebut, yang turut menyamai rekod 73 tahun milik Matt Busby tidak cukup me­yakinkan Parker.

“Ole adalah rakan yang baik dan disenangi.

“Selepas masuk, dia berjaya mengembalikan senyuman di wajah penyokong. Semua orang gembira.

“Anda pasti dapat memberikan aksi terbaik jika pemain gembira.

“Begitupun untuk jangka panjang, saya tidak fikir dia orang yang tepat. Sekalipun United menamatkan musim ini dengan keputusan bagus, mereka tetap perlu mencari calon jurulatih lain.

“Lihat Manchester United, mereka perlukan tarikan besar untuk memikat pemain-pemain bintang. Apakah Ole Gunnar boleh membawa masuk pemain bintang?

“Saya rasa, dia kurang pe­ngalaman dan pemain yang berstatus bintang tidak suka situasi itu.

“Ejen yang mewakili pemain ternama juga tidak akan datang ke sini, jadi anda mungkin hanya dapat pemain yang mahu ber­aksi buat United tetapi bukan yang dikehendaki United,” katanya. – AGENSI