Kejayaan United bangkit menyingkirkan Paris Saint-Germain (PSG) untuk melangkah ke suku akhir Liga Juara-Juara kelmarin sudah cukup meyakinkan pemilik kelab agar memberi kepercayaan kepada jurulatih berusia 46 tahun untuk membimbing Red Devils.

Solskjaer dikatakan mengadakan pertemuan dengan Naib Pengerusi United, Ed Woodward di hotel pasukan pada Rabu pagi, sebelum bercakap dengan pengerusi bersama, Avram Glazer

OLE GUNNAR SOLSKJAER
OLE GUNNAR SOLSKJAER 

sejurus tamat perlawanan.

Legenda kelab, Gary Neville mendakwa, bekas pemain Norway itu akan dilantik sebagai pengurus tetap sebaik sahaja saingan liga kembali daripada rehat antarabangsa (hujung Mac) tetapi United menegaskan, mereka tidak akan membuat pengumuman secara terburu-buru.

“Saya rasa keputusan sudah dibuat. Saya yakin, dia (Solskjaer) akan mendapat jawatan itu (pengurus tetap) dan dia orang paling layak menyandangnya.

“Kami menang ke atas Tottenham dan Chelsea di tempat lawan, kemudian menewaskan Arsenal dalam Piala FA. Sekarang ini pula (Liga Juara-Juara), apa lagi yang dia perlu lakukan (untuk meyakinkan pihak pengurusan)?,” kata penyerang United, Romelu Lukaku.

Solskjaer memenangi 14 daripada 17 perlawanan sejak mengambil alih United daripada Jose Mourinho pada Disember lalu, malah dia kembali membawa Red Devils dalam kelompok empat terbaik, selain mara ke suku akhir Liga Juara-Juara dan Piala Piala FA.

“Saya rasa tidak perlu kami bercakap banyak, lihat sahaja kepada keputusan pasukan...ia hampir pasti (Solskjaer dilantik sebagai pengurus tetap).

“Kami semua senang dengan Ole dan selesa dengan apa yang dia lakukan. Kami menikmati suasana sekarang dan semua itu diterjemahkan menerusi keputusan,” kata pertahanan United, Luke Shaw. – AFP