Mikel Oyarzabal menjaringkan gol pertama daripada dua sepakan penalti yang disempurnakannya pada minit ke-30 selepas bekas pertahanan Sociedad, Inigo Martinez didapati menendang pemain lawan menerusi video bantuan pengadil (VAR) sewaktu sedang merebut bola.

Athletic, bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan Iker Muniain, yang melakukan gerakan cantik ke tengah padang lalu menggelecek dua pertahanan Sociedad sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat selang dua minit selepas gol pembukaan pasukan pelawat.

Sociedad kembali berada di depan pada awal separuh masa kedua apabila Luca Sangalli berjaya menyudahkan dengan baik hasil sepakan silang Igor Zubeldia, yang berjaya merampas bola dari bahagian tengah sebelum dia melakukan larian solo dari sayap kanan untuk menyempurnakan hantaran.

Pasukan pelawat memastikan kemenangan menjadi milik mutlak mereka setelah Oyarzabal sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-74 meninggalkan Bilbao di kedudukan ke-16 dalam carta dengan tujuh mata, empat mata keciciran di belakang Sociedad. - REUTERS