Selepas ini skuad kendalian Mohd. Asyraaf Abdullah bertemu Thailand esok dan Vietnam (24 Ogos) dan secara logik sukar untuk pasukan negara mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata daripada aksi tersebut.

Kesilapan pemain gantian, Nur Athirah Farhanah Zairi ketika mengeluarkan bola membawa padah selepas tendangannya masuk ke dalam gawang sendiri pada minit ke-48.

Myanmar bijak memanfaatkan peluang selepas melihat pemain tuan rumah hilang semangat apabila menambah empat jaringan dalam tempoh singkat dengan dua gol daripada Win Theingi Tun masing-masing pada minit ke-63 dan minit ke-76 manakala dua lagi disumbangkan oleh Khin Moe Wai pada minit ke-73 dan minit ke-79.

Biarpun ketinggalan lima gol namun pemain negara tetap berusaha untuk memberi saingan terhadap kubu lawan apabila mengatur serangan bagaimanapun tiada jaringan yang dapat dilakukan. - UTUSAN ONLINE